SPRM Nasihatkan Orang Ramai Agar Berhati-Hati Panggilan Palsu

SPRM Nasihatkan Orang Ramai Agar Berhati-Hati Panggilan Palsu

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon meragukan mendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta beberapa maklumat peribadi termasuk butiran-butiran sulit.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata dikhuatiri ia merupakan panggilan palsu…

β€œIni susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakangan ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan itu dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SPRM akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat panggilan palsu berkenaan yang telah menjejaskan nama dan reputasi SPRM.

– BERNAMA