SPRM Tahan 5 Anggota Polis Kerana Minta Rasuah Daripada Pengedar Dadah

SPRM Tahan 5 Anggota Polis Kerana Minta Rasuah Daripada Pengedar Dadah

0
SHARE

SEREMBAN – Lima anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana meminta dan menerima wang RM5,000 daripada pengedar dadah, direman enam hari mulai hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Haryatie Mohd Saini selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar di Seremban, hari ini.

Reman bertujuan membolehkan siasatan terhadap tiga anggota berpangkat Koperal dan masing-masing seorang Sarjan dan Lans Koperal berusia 29 sehingga 51 tahun dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semua suspek ditahan selepas meminta dan menerima RM5,000 daripada seorang lelaki untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menjual dadah.

Empat suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan dan seorang lagi di Jempol antara 11.56 pagi sehingga 11.40 malam tadi.

Terdahulu lima lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah pada 10.30 pagi dan dilihat keluar dari mahkamah pada 11.15 pagi.