SPRM Tahan AJK Kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam

SPRM Tahan AJK Kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli jawatan kuasa (AJK) kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di sini, semalam selepas  dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan kesepakatan tanah yang disiasat agensi itu.

Suspek yang bergelar Tan Sri tersebut ditahan di kediaman suspek Kota Damansara pada pukul 7.45 petang.

Menurut sumber, pihak SPRM turut menyerbu pejabat kuil berkenaan dan merampas beberapa dokumen di pejabat kuil yang terletak di Batu Caves selain daripada penahanan suspek tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.