SPRM Tahan Reman 5 Hari Pegawai Kanan FGV

SPRM Tahan Reman 5 Hari Pegawai Kanan FGV

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima hari seorang Pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Memetik sumber Bernama, SPRM mengesahkan bahawa Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman telah membenarkan tempoh tahanan reman terhadap suspek yang berusia 50 tahun itu selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pegawai kanan itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan untuk mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan  persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.