Suami Isteri Dalang Sindiket Pemindahan Gas Bersubsidi

Suami Isteri Dalang Sindiket Pemindahan Gas Bersubsidi

0
SHARE

BAYAN LEPAS – Suami isteri warga tempatan ditahan selepas disyaki dalang sindiket memindahkan gas bersubsidi ke dalam tong industri membabitkan nilai rampasan RM500,000 di Bayan Lepas baru-baru ini.

Memetik kenyataan pada Harian Metro, serbuan dilakukan pada 10 malam, Khamis, membabitkan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dari Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya dan Pulau Pinang yang bertindak hasil risikan selama sebulan.

Timbalan Pengarah Cawangan dan Perisikan KPDNKK negeri Suhaimi Mat Sari berkata, dalam pemeriksaan itu sejumlah 1,400 tong bersubsidi pelbagai saiz dirampas bernilai RM150,000.

“Hasil pemeriksaan lanjut KPDNKK turut menyita empat lori serta barangan lain yang dipercayai digunakan dalam operasi pemindahan gas bersubsidi ke dalam tong gas industri.

“Suami isteri berusia 47 tahun serta empat lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 30-an ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.