Suburkan Rasa Kasih Sayang Terhadap Pasangan Sempena Maulidur Rasul – Ustaz Ebit...

Suburkan Rasa Kasih Sayang Terhadap Pasangan Sempena Maulidur Rasul – Ustaz Ebit Lew

0
SHARE
Ustaz Ebit Lew bersama isterinya...

SHAH ALAM, SELANGOR – Penceramah Ustaz Ebit Lew yang memberi galakkan kepada semua orang agar menjadikan sambutan Maulidur Rasul landasan dalam meningkatkan rasa cinta, kasih kepada Rasulullah SAW selain menyuburkan rasa sayang kepada pasangan masing-masing.

Menurut penceramah yang terkenal dengan sifat kasih sayangnya terhadap semua orang tanpa mengira bangsa, jantina, paras rupa, darjat dan agama itu, galakkan tersebut menyentuh kepada keperibadian baginda Rasulallah  SAW yang disifatkan orang paling romantik di dunia.

Beliau turut berkongsi beberapa petua mengekalkan sifat romantis, kasih sayang antara suami isteri.

“Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.

“Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal. Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka,” tulis Ustaz Ebit di laman Instagram miliknya.

Menurutnya lagi, setiap pasangan perlu menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan pasangan yang saling melengkapi.

“Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang, melihat mereka dengan perasaan bersyukur kepada ALLAH SWT. Beri perhatian kepada mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH.

“Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya… Bila syukur ALLAH akan tambahkan nikmat,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, di tengah kesibukan mengurus umat, Rasulullah SAW tanpa jemu sentiasa mengingatkan umat Islam menghargai dan memuliakan pasangan.

Dengan sifat sangat lembut, Nabi Muhammad SAW menunjukkan cinta dengan sederhana dan bersahaja seperti memanggil isterinya dengan panggilan manja dan indah hingga mereka akan berasa disayangi dan dihargai.

“Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka… Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya… Saya sangat sayang awak kerana ALLAH.

“Dukung sekali sekala seperti Nabi SAW dukung isterinya, Aisyah kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada setiap pasangan perlu jauhi sikap ego sebaliknya tanamkan sifat sentiasa maaf, bersangka baik selain menuntut ilmu bersama ke arah rumah tangga bahagia.