Sukan Olimpik 2020 Di Tokyo Tetap Diteruskan, Tetapi Bergantung Kepada OIC –...

Sukan Olimpik 2020 Di Tokyo Tetap Diteruskan, Tetapi Bergantung Kepada OIC – PM Jepun

0
SHARE
Shinzo Abe...

TOKYO, JEPUN – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata temasya Olimpik 2020 di Tokyo tetap akan dilangsungkan pada Julai sebagaimana yang telah dirancang.

“Kami akan menangani penularan jangkitan itu (COVID-19) dan menganjurkan Sukan Olimpik tanpa masalah, seperti yang dirancang,” kata Abe.

Walau bagaimanapun, Abe turut menjelaskan bahawa perkara tersebut bergantung kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memuktamadkan keputusan akhir sama ada temasya itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Penularan wabak virus COVID-19 menimbulkan kebimbangan ramai mutakhir ini susulan peningkatan kes dilaporkan hampir setiap hari di seluruh dunia, yang mengakibatkan banyak negara mengambil langkah keselamatakan dengan menangguhkan segala bentuk acara dan program sukan.