Sukan SEA Ke-29 Pengikat Solidariti Rakyat Malaysia – Dr Salleh

Sukan SEA Ke-29 Pengikat Solidariti Rakyat Malaysia – Dr Salleh

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Datuk Dr Salleh Said Keruak berkata Sukan SEA ke-29 akan melabuh tirainya pada 30 Ogos ini sebagai pengikat kepada solidariti rakyat Malaysia.

Menurut Dr Salleh, apabila sukan ini tamat kelak, banyak catatan sejarah yang dapat kita rakam dari penganjuran sukan ini.

Yang pertama menurut Dr Salleh “sukan ini diadakan di bulan kita menyambut kemerdekaan. Kedua, pencapaian kita terbaik. Ketiga, Tuanku Sultan Terengganu menghadiahkan emas kepada kita dengan memecah rekod dalam sukan kuda lasak”.

Menurut Dr Salleh lagi, jelas kelihatan ke mana sahaja Dato’ Seri Najib pergi, sambutannya luar biasa. Sejak malam pembukaan lagi, rakyat bersorak gembira apabila sahaja kaca TV memaparkan wajah PM kita. Itu tandanya sokongan dan terima kasih rakyat kepada kerajaan yang menganjurkan Sukan berprestij di rantau Asia Tenggara ini.

Dr Salleh juga berkata, “inilah kali pertama dalam sejarah, Menteri Sukan kita sendiri bertanding dalam sukan SEA. Dan yang paling penting, sukan ini mengikat solidariti rakyat kita. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama turun ke stadium menyokong kuat atlet kita”.

“Kita sudah tentu menjadi juara keseluruhan. Betapa juara keseluruhan yang bakal kita capai adalah hadiah istimewa untuk kemerdekaan kita yang ke-60”.

Dr Salleh turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin yang telah menjadikan sukan ini terbaik. “Usaha beliau membakar semangat para atlet kita cukup luar biasa. Momentum kemerdekaan betul-betul membakar semangat atlet kita untuk menjulang nama negara”.

“Untuk sukan SEA ini, yakinilah ia pengikat solidariti kita,”┬átambah Dr Salleh lagi.