Suntikan Dana Berjumlah 3.75 Bilion Euro (RM18 Bilion) Buat Sepanyol Dalam Memulihkan...

Suntikan Dana Berjumlah 3.75 Bilion Euro (RM18 Bilion) Buat Sepanyol Dalam Memulihkan Industri Automotif

0
SHARE

MADRID, SEPANYOL – Suntikan dana buat Sepanyol bagi membantu program pemulihan industri automotif berjumlah 3.75 bilion euro (RM18 bilion) yang telah teruk terjejas akibat wabak COVID-19.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yang berkata “Kerajaan bekerjasama dengan pemain industri ini yang menjadi tonggak ekonomi negara bagi membangunkan pelan komprehensif yang dapat memenuhi keperluan mereka sekali gus berfungsi untuk mencapai peralihan ekologi yang mendesak.”

Beliau turut berkata bahawa pelan rancangan itu turut memberi tumpuan untuk pembangunan kenderaan elektrik selain kajian penyelidikan inovasi dan insentif percukaian bagi menjadikan sektor automotif lebih kompetitif.

Bantuan untuk membeli kenderaan elektrik juga sejajar dengan rancangan peralihan yang menetapkan sasaran supaya semua kenderaan di negara ini beralih kepada konsep ‘pelepasan sifar’ pada 2040

Sektor automotif adalah antara tonggak ekonomi Sepanyol, kedua terbesar pengeluaran di Eropah selepas Jerman.

Pedro Sanchez…

Sanchez juga berkata, sektor itu menghasilkan 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sepanyol, eksport kelima terbesar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2 juta rakyat.

Penularan wabak COVID-19 yang berlaku diseluruh dunia turut menjejaskan kilang-kilang pengeluaran kenderaan di Sepanyol ditutup selama beberapa minggu.

Pengeluar kenderaan Jepun, Nissan baru-baru ini mengumumkan penutupan kilangnya di Barcelona yang menjejaskan 20,000 tenaga kerja manakala kilang Ford pula mengumumkan terpaksa membuang 350 pekerja di kilangnya di Valencia.