SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO, AHLI UMNO DAN RAKYAT SABAH

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO, AHLI UMNO DAN RAKYAT SABAH

0
SHARE

KEMPEN ASAL BUKAN WARISAN DAN BUNG AKAN DILANCARKAN

DAN

USAHA HALUS SINGKIR TAN SRI MUSA DARI UMNO SABAH

Bismillahirramanirrahim.

Ke Hadapan Ybhg. Presiden UMNO.

Saya adalah ahli UMNO Sabah dan seorang aktivis masyarakat.

Saya terpanggil menulis surat terbuka ini untuk tatapan Presiden kerana sudah tidak mampu lagi melihat kerosakan yang sedang berlaku kepada UMNO Sabah ketika jentera sedang berhadapan dengan PRN ke-16 ini.

Mengimbau kembali sejarah UMNO Sabah selepas PRU Ke-14 yang lalu, ahli-ahli UMNO yang berjiwa kental sahaja TETAP SETIA untuk terus menyokong UMNO walaupun ramai pemimpin serta ahli-ahli telah beralih parti dan ada pula yang terus bersara, namun UMNO terus dipertahankan oleh mereka yang setia.

Kami adalah sebahagian daripadanya…

Mungkin ramai yang tidak menyedari salah satu insan yang memainkan peranan sehingga UMNO Sabah kekal di Sabah pada hari ini adalah Tan Sri Musa Aman.

Tan Sri Musa Aman…

Walaupun sebelum ini Tan Sri Musa mengambil pendekatan berdiam diri daripada UMNO kerana untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes di Mahkamah, tetapi Musa tetap bertanggungjawab memastikan UMNO kekal bertapak di Sabah.

Selepas Dato’ Sri Bung Moktar dilantik menjadi Ketua UMNO Sabah, tanya Bung berapa banyak wang saku yang beliau telah korbankan untuk membantu UMNO kekal beroperasi di Sabah?.

Berapa pula UMNO Pusat telah salurkan wang di Sabah ketika akaun UMNO telah disekat oleh Bank Negara?.

Dato’ Sri Bung Moktar…

Walaupun Bung digelar sebagai pemimpin yang sangat kedekut tetapi sebagai ahli UMNO kami bersyukur kerana Tan Sri Musa sentiasa berada di hadapan untuk membantu UMNO.

Perjalanan operasi UMNO di Sabah selama hampir 26 bulan adalah atas inisiatif penuh Tan Sri Musa Aman. Ini adalah FAKTANYA.

Bantuan makanan COVID-19 untuk rakyat Sabah sebelum ini oleh UMNO Sabah juga sebenarnya adalah atas inisiatif penuh Tan Sri Musa Aman.

Malangnya selepas UMNO telah kembali stabil, USAHA UNTUK MENYINGKIRKAN Musa sedang rancak berjalan malahan yang amat mengejutkan, Bung dengan rasa tanpa bersalah telah mengeluarkan kenyataan Musa tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRN kali ini.

Kenyataan Bung dipetik akhbar tempatan, Musa tidak ada dalam senarai calon BN. Tindakan Bung ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah dan penyokong Musa…

Kami tidak pasti sama ada Presiden tahu tentang gerakan ini, tetapi sebagai ahli UMNO yang sentiasa berada di lapangan sebenarnya usaha menyingkirkan Musa telah mula berjalan selepas sahaja kedengaran DUN Sabah bakal dibubarkan.

Kami ingin memberi amaran sebagai ahli UMNO yang amat peka terhadap perjuangan parti, sebenarnya ‘gerakan anti-Bung’ telah berjalan dan akan dilancarkan pada bila-bila masa jika Presiden tidak menangani isu ini dengan baik.

Demi Allah, kami mempunyai kekuatan jentera yang cukup kukuh untuk melancarkan kempen serangan ke atas Bung termasuk parti Warisan Plus di Sabah.

Walaupun kami difahamkan nama Tan Sri Musa akhirnya telah dimasukkan sebagai calon UMNO pada saat akhir, namun tindakan ini dianggap terlalu BIADAP.

Kekuatan Bung ketika ini sebenarnya hanya datang daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO termasuk Pemuda yang berkeinginan agar mereka dilantik menjadi calon BN, tetapi malangnya mereka lupa pertandingan kali ini bukan pemilihan UMNO sebaliknya melibatkan seluruh rakyat Sabah.

Ketua-Ketua Bahagian UMNO ini juga berharap Bung dilantik menjadi Ketua Menteri agar ‘periuk nasi’ mereka bakal terjaga, namun mereka lupa dan jelas telah memekakkan telinga serta membutakan mata mereka, rakyat sebenarnya akan menolak BN secara ‘total’ sekiranya calon Ketua Menteri Sabah adalah Bung Moktar.

Bung turut dikenali sebagai penyokong setia kepada Datuk Seri Shafie Apdal dalam waktu yang agak lama…

Jawatan Pengerusi FELCRA yang mana Bung ketika ini sedang berhadapan dengan kes rasuah di Mahkamah selepas disyaki menerima wang suapan berjumlah RM2.8 juta juga sebenarnya atas ihsan dan lantikan Shafie Apdal.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan sepanjang Bung menjawat jawatan Ketua UMNO Sabah langsung tidak pernah kedengaran serangan dibuat ke atas Bung oleh Shafie berbanding Tan Sri Musa.

Untuk rekod, sejak Bung menjadi Ahli Parlimen seawal tahun 2004 sehingga kini, Bung tidak pernah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia menjawat jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Kesemua Perdana Menteri sebenarnya sedar akan keupayaan yang ada pada Bung.

Dalam pada itu, tanpa mempunyai pengalaman yang telah teruji sebelum ini, wajarkah Bung dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah?.

Watak Bung di Parlimen termasuk di luar Parlimen jelas membuatkan ramai rakyat Sabah menjadi trauma dan kurang senang dengan Bung.

Harus diingat selepas keadaan ekonomi Negeri Sabah telah dihancurkan oleh Shafie Apdal, di mana logiknya jawatan Ketua Menteri disandang pula oleh pemimpin seperti Bung.

Selama dua (2) tahun Shafie menerajui Sabah kadar KDNK Negeri Sabah menjunam kepada 0.5%, semasa Tan Sri Musa KDNK Sabah tertinggi di Malaysia 8.2%…

Di bawah kepimpinan Tan Sri Musa pula, keupayaan mentadbir Negeri Sabah tidak boleh dipertikaikan lagi. Terlalu banyak pencapaian yang amat sukar untuk dicatatkan disini.

Fakta dan rekod adalah buktinya.

Contoh mudah Musa menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 27 Mac 2003, pada waktu itu rezab kewangan negeri Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan Negeri telah berjaya dikumpulkan sebanyak 3.2 billion.

Foto Jabatan Audit Negara memuji pentadbiran negeri Sabah dibawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman…(Sumber Foto dipetik daripada Berita Harian Online)

Kadar KDNK pada tahun 2017 pula adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 8.2%.

Malangnya keupayaan Tan Sri Musa Aman telah cuba dinafikan oleh sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO.

Rakyat Sabah jelas lebih memahami pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Musa lebih dari pemimpin-pemimpin UMNO yang ketika ini mempunyai jawatan dalam UMNO di Sabah.

Undian bebas yang dibuat oleh badan bebas siapakah Ketua Menteri Sabah pilihan rakyat Sabah juga telah berpihak kepada Tan Sri Musa.

Sumber foto dipetik daripada undian (Siapa Kamu Sokong sebagai Ketua Menteri Sabah) di laman media sosial Facebook…

32 ADUN termasuk belasan ADUN Warisan baru-baru ini juga telah telah menandatangani SD calon pilihan Ketua Menteri pilihan mereka adalah Tan Sri Musa Aman, kesemua ADUN ini yakin Musa adalah calon Ketua Menteri yang boleh diangkat untuk memulihkan ekonomi Negeri Sabah selepas dirosakkan oleh Shafie.

Foto seramai 32 ADUN menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah..

Justeru, mahu tidak mahu sekiranya calon Ketua Menteri Sabah pilihan Presiden adalah Bung Moktar kami terpaksa gerakkan jentera ‘Tolak Bung’ termasuk menolak Parti Warisan Sabah.

Sekian.

AHLI UMNO YANG SETIA

Artikel ini asalnya telah dikirim oleh penama Ahli UMNO Yang Setia (nama enggan disiarkan) yang mana tidak ada kaitan secara langsung dengan pihak MalaysiaKini2.0…