Surat Terbuka Untuk Rakyat Sabah Mengenai Kesahan Ketua Menteri Sabah

Surat Terbuka Untuk Rakyat Sabah Mengenai Kesahan Ketua Menteri Sabah

0
SHARE

Surat Terbuka Untuk Rakyat Sabah Mengenai Kesahan Ketua Menteri Sabah;

Seperti pada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, saya mengambil pendirian untuk tidak mengambil tahu; Pertama, kerana saya sangat yakin dengan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin. Kedua, kerana saya percaya dengan institusi pilihanraya yang mengiktiraf kuasa majoriti untuk jawatan Ketua Menteri Sabah dan ketiga, kerana saya seorang dikalangan generasi muda.

Begitu juga pada selepas PRU-14, saya sangat yakin mengenai kuasa majoriti dan sudah tentu pihak yang berhak dilantik sebagai Ketua Menteri ialah Tan Sri Musa Hj. Aman – ini keyakinan saya dan majoriti rakyat Sabah.

Melihat kepada kebenaran perundangan, saya tidak kisah siapa pun Ketua Menteri Sabah, apa yang penting ialah Ketua Menteri itu haruslah dilantik daripada parti yang memperolehi majoriti untuk membentuk Kerajaan.

Hari ini, saya terpanggil untuk bersuara bagi mewakili sebahagian golongan pelapis di negeri Sabah berdasarkan kajian dan pengamatan terperinci yang saya dan warga pemuda buat dan lakukan.

Kami keliru dan bingung? Kenapa? Bagaimana Datuk Seri Shafie Apdal pula Ketua Menteri Sabah?

Secara sah (mengikut kuasa majoriti awal) Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Barisan Nasional (BN) mempunyai 29 kerusi yang kemudiannya 31 kerusi selepas dua Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung dengan Musa untuk membentuk Kerajaan.

Parti Warisan pimpinan Shafie selepas bergabung dengan DAP dan PKR hanya memperolehi 29 kerusi pada ketika itu.

Persoalannya di sini ialah selepas beberapa jam, Shafie mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di hadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Apa cerita semua ini? Adakah tangan-tangan ghaib disebalik pelantikan dua Ketua Menteri Sabah pada PRU-14?

Adakah cerita sulit diantara Shafie dan Juhar di atas kejadian semua itu?

Pelantikan Musa sebagai Ketua Menteri dibatalkan? Siapa membatalkan? TYT dalam satu surat rasmi kepada Musa menyatakan bahawa pelantikannya sebagai Ketua Menteri tidak sah dan terbatal?

Macam mana terbatal jika dia (Musa) mempunyai majoriti 31 kerusi ketika mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri?

Mengikut perlembagaan tubuh negeri Sabah, TYT hanya mempunyai kuasa melantik Ketua Menteri dan tidak ada kuasa untuk memecat kecuali melalui undi tidk percaya yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika inilah yang berlaku, saya serta ribuan warga pemuda Sabah sangat kecewa dengan kewibawaan TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Dia (Juhar) sepatutnya menjalankan kuasa-kuasa tertentu tanpa campur tangan dengan hal ehwal politik negeri.

Namun, apa yang berlaku ialah TYT (Juhar) pada 10 Mei 2018 menurut pengakuan beberapa YB-YB Barisan Nasional (BN) pada ketika itu telah memanggil mereka di sebuah bilik di Istana Negeri Sabah untuk memujuk dengan bersungguh-sungguh supaya berpaling tadah dan memaksa agar memberi sokongan kepada Shafie (pengakuan ini dibuat oleh beberapa YB-YB dari UPKO).

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Tun Juhar, apa yang anda telah lakukan ini? Anda seorang peguam yang sepatutnya arif mengenai undang-undang, kenapa anda hancurkan harapan kami sebagai pelapis kepimpinan negara? Anda sanggup menggadaikan kesemua harapan rakyat negeri Sabah semata-mata untuk keterusan hidup. Adakah anda tidak takut berdosa?

Pelantikan semula anda sebagai TYT Sabah tanpa had selepas satu pindaan perlembagaan dibuat menguatkan jangkaan kami (warga pemuda) bahawa berlaku ‘trading’ di antara Tun dan Shafie berhubung dengan pemecatan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Anda ingin menafikan? Sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan saya mencabar Tun supaya bersumpah di atas kitab Al-Quran (Kitab Suci Umat Islam).

Saya sangat teruja dengan kes Pairin pada suatu ketika dahulu bahawa apabila mendapati telah kehilangan sokongan daripada wakil-wakil rakyatnya, beliau dengan rendah diri untuk menyerahkan kuasa Ketua Menteri secara terhormat, Shafie sepatutya mencontohi Pairin dan tidak melakukan tindakan tidak professional.

Kes pelantikan Ketua Menteri Sabah tidak boleh disamakan dengan kes negeri Perak.

Justeru itu, saya memohon kepada seluruh rakyat sabah khususnya golongan muda agar berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya kemenangan berpihak kepada Tan Sri Musa Hj. Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Tarikh 28 November 2019 ini, Mahkamah Rayuan dijangka akan membuat keputusan mengenai kesahan Ketua Menteri Sabah.
Kepada Allah Subhana Wata’la kita semua berserah.

MARI BERDOA UNTUK TAN SRI MUSA HJ. AMAN.

Sekian.

Tulisan asal artikel ini dikirim oleh pembaca bernama Abdullah dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0….