Surat Terbuka Untuk Welfred Madius Tangau

Surat Terbuka Untuk Welfred Madius Tangau

0
SHARE
Maslan Maginda...

SURAT TERBUKA UNTUK YB DATUK SERI WELFRED MADIUS TANGAU;

Salam solidariti dan salam sabahan Datuk,saya terpanggil memberi sedikit komen tentang penjelasan Datuk kenapa  keluar daripada BN UMNO selepas pru 14 dan menyertaai warisan untuk membentuk kerajaan baru walaupun masih belum berkuasa penuh.

Saya tertarik dengan ‘statement’ Datuk yang viral di media sosial, Datuk telah meluahkan perasaan kenapa bertindak keluar BN-UMNO kerana mahu menghalau UMNO di Sabah dan menyatakan kerjasama dengan Warisan dan Pakatan Harapan di peringkat pusat.

Saya bukan seorang ahli politik yang berpengalaman seperti Datuk dan pemimpin lain yang bergelung-gelung izajah, saya hanya seorang aktivis masyarakat sama seperti ribuan rakyat Sabah di luar sana.

Namun saya terpaksa menyatakan secara ikhlas dan jujur dengan Datuk bahawa tindakan penyokong warisan itu samalah dengan menghidupkan semula BN-UMNO di sabah kerana Warisan,DAP & PKR adalah komponen parti dalam Pakatan Harapan, UMNO versi baru 2.0.

Shafie cakap dia tidak tandatangan dengan Mahathir untuk masuk Pakatan Harapan,dia hanya kerjasama tumbangkan BN-UMNO di Sabah, tapi Shafie lupa PBS,PBRS,UPKO & LDP juga tidak tandatangan masuk dalam BN-UMNO dahulu, tapi yang ‘control’ mereka adalah BN-UMNO begitu juga dengan Warisan yang ‘control’ mereka adalah PH & PPBM, maka itu Shafie telah menipu rakyat Sabah yang penyokong Warisan.

Sabah belum bebas lagi daripada BN-UMNO sebenarnya…

Andaian dan sangkaan Datuk menghalau BN-UMNO di Sabah tidak betul, tapi Datuk sebenarnya menyelamatkan BN-UMNO di Sabah atas nama Pakatan Harapan dan PPBM, setelah YB Datuk Dr.Jeffrey Kitingan telah berjaya menghalau BN-UMNO di Sabah dengan hanya 2 kerusi daripada parti Solidarity.

Jika Datuk tidak melompat dalam Warisan, sudah tentu Sabah sudah mempunyai kerajaan baru yang di perintah sepenuhnya oleh pemimpin Sabah tanpa hubungan dengan Malaya lagi kerana BN-UMNO tidak lagi berkuasa di Sabah dan di Semenanjung, ini adalah peluang besar Sabah kembali semula status sebuah negara yang di perintah oleh pemimpin tempatan sendiri.

Tindakan Datuk melompat dalam Warisan itu telah menyakitkan hati rakyat Sabah yang dikhianati oleh seorang pemimpin seperti Datuk yang telah menghancurkan impian dan perjuangan rakyat Sabah selama ini yang mahukan menikmati hasil bumi sendiri dan bebas daripada jajahan Malaya.

Kini, Datuk masih ada peluang untuk memperbetulkan keadan jika bertindak kembali semula kepada Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan membentuk kerajaan baru,tidak perlu takut ugutan Mahathir.

Warisan, DAP & PKR itu adalah kroni BN-UMNO versi baru 2.0 dan sekarang UPKO telah menjadi kompenan BN-UMNO baru yang bertukar Pakatan Harapan dan PPBM, ini adalah satu senjata rahasia Mahathir untuk mengekalkan penjajahan Malaya di Sabah.

Maslan Maginda,
Aktivis Masyarakat & Pengerusi  BONALI.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi Maslan Maginda dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…