Tahniah Yuna,Penyanyi Pertama Malaysia Tercalon Anugerah BET

Tahniah Yuna,Penyanyi Pertama Malaysia Tercalon Anugerah BET

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Yuna mempertabatkan industri muzik tanah air, Malaysia di peringkat antarabangsa selepas Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai tercalon untuk anugerah BET (BET Centric Award) di Amerika Syarikat menerusi lagu ‘Crush’ berduet bersama Usher.

Memetik petikan kenyataan Harian Metro, Yuna berkata Alhamdulillah, tak sangka lagu nyanyian saya bersama Usher berjaya tercalon dalam anugerah berprestij yang banyak mengangkat nama besar dalam genre soul dan R&B. Pencalonan ini adalah satu penghargaan besar buat saya.

“Saya turut berharap Crush akan dicalonkan dalam mana-mana majlis anugerah muzik lain di AS dan United Kingdom.

“Terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kejayaan saya selama ini dan moga saya terus diberikan peluang untuk berkarya,”

Pencalonan Yuna itu akan bersaing dengan calon-calon lain bagi kategori yang sama iaitu Fantasia (Sleeping with the One I Love), Kehlani (Distraction), Mary J Blige (Thick of It), Solange (Cranes in the Sky) dan Syd (All About Me).

Sebelum ini, anugerah itu telah dianugerahkan kepada artis R & B tradisional. Nnmun sejak tahun 2013, anugerah BET telah digunakan untuk mengenali lagu-lagu tertentu di Amerika Syarikat.

Majlis penganugerahan itu akan berlangsung pad 25 Jun depan di Amerika Syarikat.