Takut Untuk Disunatkan, Kanak-Kanak Lelaki Panjat Bumbung Klinik

Takut Untuk Disunatkan, Kanak-Kanak Lelaki Panjat Bumbung Klinik

0
SHARE

SERANG, BANTEN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang lima tahun bertindak memanjat bumbung sebuah klinik dan duduk selama kira-kira dua jam di atas bumbung tersebut kerana dipercayai takut untuk disunatkan.

Memetik akhbar tempatan Daily Mail, kejadian tersebut dirakam di sebuah klinik di bandar Serang, wilayah Banten, Pulau Jawa.

Seorang doktor wanita bernama Anik Sutari yang bertugas di klinik tersebut telah merakam satu foto dan kemudiannya dikongsi di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Menurut doktor tersebut, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang karier sebagai seorang doktor di bandar berkenaan.

“Sepanjang sejarah karier profesional saya, dengan 20 tahun pengalaman dan daripada ribuan kanak-kanak yang saya sunatkan, ini kali pertama saya melihat seorang budak lelaki melarikan diri ke atas bumbung,” katanya.

Katanya, kanak-kanak itu turun ke bawah dua jam kemudian selepas ibu bapanya menghubungi guru sekolah yang mempunyai hubungan baik dengan anak mereka.

“Benar. Sebaik sahaja gurunya datang, dengan mudah sahaja dia dipujuk untuk turun…

“Lebih ajaib lagi, kanak-kanak itu berjalan sendiri ke dalam klinik dan duduk untuk prosedur tersebut tanpa dipimpin atau dipaksa,” katanya.

Menurut Dr. Anik, budak lelaki itu tidak bergelut, menangis atau mengadu apabila dia akhirnya berjaya disunatkan, tiga jam lewat daripada sepatutnya.