Tan Sri Musa Aman, Bapa Pembangunan Negeri Sabah Kembali Beraksi

Tan Sri Musa Aman, Bapa Pembangunan Negeri Sabah Kembali Beraksi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH РTan Sri Musa Aman ADUN Sungai Sibuga, muncul dikhayalak ramai apabila hadir ke Dewan Undangan Negeri Sabah bagi menghadiri sesi sidang (DUN) Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kehadiran Musa pada pagi hari ini turut tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp, warganet turut mengucapkan tahniah ke atas Musa.

Turut menyambut ketibaan Musa ialah YB Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa orang ADUN BERSATU kemudian mengiringi beliau masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Umum mengetahui Tan Sri Musa Aman adalah Ketua Menteri Sabah yang sah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sebelum beberapa orang wakil rakyat UMNO dan UPKO berlaku khianat dengan menyokong Datuk Seri Shafie Apdal. Kes rayuan telah buat di mahkamah rayuan dan kes akan didengar oleh Hakim Mahkamah Rayuan dalam masa beberapa bulan ini.

Tan Sri Musa Aman turut digelar oleh sesetengah Pakar Kewangan dan Ahli Ekonomi sebagai Bapa Pembangunan Negeri Sabah, selepas kejayaan Musa membangunkan Negeri Sabah dengan begitu pesat.

Pemerhati ekonomi berkata salah satu pencapaian Musa yang tidak boleh disangkal, ialah apabila beliau berjaya mengumpulkan rezab kewangan untuk kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM3 billion kurang dari 10 tahun semasa Musa memimpin Negeri Sabah.

Musa menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 27 Mac 2003, pada waktu itu rezab kewangan negeri Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan tersebut berjaya dikumpulkan oleh Musa.

Jabatan Audit Negara turut mengiktiraf kewangan negeri Sabah dengan sijil tanpa teguran, cemerlang dan mendapat penarafan lima bintang sejak tahun 2013

Di antara beberapa pencapaian Musa semasa menjadi Ketua Menteri menurut pemerhati ekonomi adalah seperti yang berikut;

1. Rezab kewangan mencecah RM3.2 billion

2. Mendapat pengiktirafan dan anugerah siji tanpa teguran, cemerlang serta lima bintang oleh Jabatan Audit Negara sejak tahun 2013

3. Pusat Pemprosesan Minyak Sawit Lahad Datu (POIC)

4. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah berhampiran bangunan Tun Mustapha

5. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang

6. Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Kastam

7. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu

8. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta

9. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo

10. Mahkamah Syariah bedekatan Masjid Bandaraya

11. Hotel- hotel antarabangsa yang seperti Hilton dan banyak lagi dibina di Bandaraya Kota Kinabalu

12. Jalan 4 lorong dan jejantas kenderaan yang sedang dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang

13. Pusat Rekreasi dan Riadah jalan teluk Likas ke UMS yang terbaik di Malaysia

14. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu