Tentera Filipina Lancar Operasi Menyelamat 5 Nelayan Indonesia Yang Diculik Abu Sayyaf

Tentera Filipina Lancar Operasi Menyelamat 5 Nelayan Indonesia Yang Diculik Abu Sayyaf

0
SHARE
Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina...

MANILA, FILIPINA – Operasi mencari dan menyelamat bagi lima nelayan Indonesia telah dilancarkan oleh tentera Filipina hari ini┬áselepas kesemua mereka (nelayan Indonesia)┬ádiculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Malaysia minggu lalu.

Lapan warga Indonesia diculik di Sabah pada hari Khamis. Tiga dilepaskan, manakala lima yang lain mungkin dibawa oleh penculik mereka ke wilayah Sulu di selatan Filipina, kata ketua komando Barat Mindanao, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana.

Sulu adalah kubu Abu Sayyaf…

Memetik laporan Reuters, Sobejana mendedahkan penculikan itu sehari selepas tentera bertempur dengan anggota Abu Sayyaf di pulau Sulare, bandar Parang, Sulu, membunuh seorang militan dan memusnahkan bot laju dipercayai digunakan dalam penculikan.

Sobejana berkata, pihak berkuasa Malaysia segera bekerjasama dengan tentera Filipina selepas penculikan itu.

Kementerian Luar Indonesia berkata, ia juga telah bekerjasama dengan kerajaan Filipina dan masih menunggu maklumat rasmi mengenai kejadian itu.

Bot laju itu dikenal pasti oleh tiga nelayan Indonesia yang telah dibebaskan sebagai satu daripada yang digunakan dalam penculikan yang oleh oleh enam militan, kata Sobejana.

“Kemungkinan mereka berada di Pulau Sulare atau Parang, Sulu sangat tinggi,” katanya.

Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina…

Abu Sayyaf terkenal dengan tindakan keganasan dan lanun, termasuk memenggal kepala beberapa tawanan jika tiada wang tebusan dibayar…