Terima Kasih Musa, Shafie Akur Kehebatan Musa Tadbir Sabah, SICC Disahkan Siap...

Terima Kasih Musa, Shafie Akur Kehebatan Musa Tadbir Sabah, SICC Disahkan Siap Februari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH РTanpa ada perasaan malu, Shafie Apdal telah melawat Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan kemudiannya mengesahkan bangunan ini dijangka siap pada awal Februari tahun ini.

Deraf Rekabentuk Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…
Deraf Rekabentuk Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…
Lokasi Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…
Deraf Rekabentuk Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…

Bercakap kepada pemberita (kelmarin) semasa lawatan tersebut, Shafie Apdal turut mengakui Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang diilhamkan oleh Tan Sri Musa ini berlainan daripada tempat lain yang ada di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) ketika pada fasa terakhir pembinaan…
Sumber Foto dipetik daripada Jabatan Penerangan…

Shafie turut berkata bangunan pusat konvensyen itu menampilkan identiti etnik tempatan di mana ia boleh dilihat melalui corak yang meliputi dinding dan siling turut memaparkan pemandangan indah hutan serta Gunung Kinabalu.

Lawatan Shafie ke SICC – Sumber Foto dipetik daripada Jabatan Penerangan…
Lawatan Shafie ke SICC – Sumber Foto dipetik daripada Jabatan Penerangan…

“Pusat Konvensyen ini berlainan daripada tempat lain yang ada di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura dan Thailand,” Shafie berkata ketika ditemui pemberita selepas melawat SICC, kelmarin.

Lawatan Shafie ke SICC – Sumber Foto dipetik daripada Jabatan Penerangan…
Lawatan Shafie ke SICC – Sumber Foto dipetik daripada Jabatan Penerangan…

Menurut rekod awal, SICC telah diilhamkan pembinaannya oleh Tan Sri Musa Aman dan mula dibina pada tahun 2015 di mana ketika itu mempunyai keluasan dalam bangunan kira-kira 92,000 meter persegi namun, menurut maklumat terkini keluasan 77.800 meter persegi.

Sumber Foto dipetik daripada BH Online – Tan Sri Musa Aman melawat pembinaan SICC semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah…
Sumber Foto dipetik daripada BH Online – Tan Sri Musa Aman melawat pembinaan SICC semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah…

Semasa masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa berkata dengan terbinanya SICC ini, bukan saja bakal menjadi mercu tanda baharu di Bandaraya Kota Kinabalu, malah berperanan sebagai pusat persidangan antarabangsa disamping dapat menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Pemerhati politik bebas ketika diminta mengulas mengenai lawatan Shafie ke SICC ini pula berkata, ianya sekaligus satu pengiktirafan Shafie kepada keupayaan Musa membangunkan negeri Sabah walaupun Shafie mungkin tidak mahu mengakuinya.

“Sebenarnya visi Musa adalah jelas untuk Sabah, SICC dibina kerana melihat Datuk Seri Anifah Aman adalah Menteri Luar Malaysia, sekiranya Malaysia menganjurkan mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asia dan Dunia, Sabah akan dipilih sebagai Pusat bagi mesyuarat tersebut. Ini sekaligus akan mengundang lebih banyak peluang pelaburan ke Sabah dengan kehadiran Menteri-Menteri luar daripada seluruh dunia ke Sabah.”

“Rakyat akan menjadi saksi, lihat sahaja pembangunan begitu pesat hasil inisiatif Tan Sri Musa dan Menteri Kabinet terdahulu¬†di sekitar Kota Kinabalu, ketika ini bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah yang unik tersergam begitu indah, Pusat Riadah Teluk Likas, Hospital Baharu UMS, jalan raya bertingkat (fly over), jalan 4 lorong di Jalan Sulaman dan Luyang, Mahkamah Tinggi dan Syariah, hotel-hotel Antarabangsa bertaraf lima bintang¬†serta banyak lagi sebenarnya projek-projek pembangunan di seluruh Sabah yang telah dibina hasil keupayaan Arkitek seperti Musa.”

“Sebaliknya rakyat masih tertunggu-tunggu, selepas hampir dua tahun apakah sumbangan berbentuk rancangan pembangunan yang telah dibuat oleh Shafie Apdal ke atas negeri Sabah?”

Dalam pada itu, orang ramai pula berkata Shafie gagal mentadbir Sabah dengan baik, malahan hanya tahu merasmikan projek yang telah dibina oleh kerajaan terdahulu.

Sesuai la dengan peribahasa ‘lembu punya susu sapi dapat nama’.

“Hasil ketara yang dilakukan kerajaan ketika ini hanya perkara negatif, rakyat Sabah sendiri telah membuat aduan sebagai contoh, pemberian dokumen PSS kepada warga Filipina walaupun akhirnya telah dibatalkan, selain itu kadar GDP telah mendadak turun ke 1.5 peratus (1.5%) yang dahulunya 8.2 peratus (8.2%), kadar pengangguran juga meningkat naik dan ramai lantikan pegawai tinggi kakitangan kerajaan datangnya dari Semporna.

“Selain itu, banyak perkampungan setinggan terbakar, pelancong maut terkena bom ikan di Semporna, kehadiran wabak Polio, Semporna telah diiktiraf sebagai perkampungan ‘TERKOTOR’ di Malaysia, penculikan nelayan di Lahad Datu dan banyak lagi yang menyebabkan rakyat tidak sabar untuk menumbangkan Parti Warisan di Sabah pada PRU akan datang ini,” mereka berkata lagi.