‘The Bikini Hiker’ Ditemui Mati Dalam Pendakian Solonya

‘The Bikini Hiker’ Ditemui Mati Dalam Pendakian Solonya

0
SHARE

TAIWAN – Seorang pendaki wanita dari Taiwan yang terkenal dikenali sebagai ‘The Bikini Hiker’ dijumpai mati kesejukan di Taman Negara Yushan, Taiwan baru-baru ini.

Nama jolokan  ‘The Bikini Hiker’ bagi Gigi Wu, 36, diberi kerana sering menggunakan pakaian renang tau ‘bikini’ bagi setiap aktiviti pendakiannya.

Menurut sumber, Wu melakukan pendakian solo pada 11 Januari lalu di taman negara tersebut, sebelum ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Terdahulu, Wu sempat memuat naik status di laman sosial peribadinya ketika hendak mendaki kawasan taman negara terbabit sebelum ditemui mati.

Difahamkan juga, Wu ada menghubungi rakannya menggunakan telefon setelit memaklumkan dia terjatuh pada ketinggian 65 kaki selepas cuba memanjat puncak tertinggi di taman negara berkenaan.

Menurutnya, dia terperangkap di bawah dan tidak dapat bergerak akibat kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Ekoran maklumat itu, pasukan penyelamat telah menjalankan operasi mencari Wu.

Malangnya, keadaan cuaca buruk menyebabkan pasukan penyelamat menghentikan sementara operasi.

Kira-kira 28 jam selepas itu, pasukan penyelamat menemui mayat seorang wanita dalam keadaan beku dipercayai Wu di sebuah lokasi pada ketinggian 5,577 dari paras laut.

Di laman media sosial, Wu terkenal sebagai pendaki wanita seksi kerana sering memuat naik gambar memakai bikini di puncak gunung.