Tiada Kelibat Perhimpunan Aman Gabungan Gay Malaysia Di Perkarangan KBS

Tiada Kelibat Perhimpunan Aman Gabungan Gay Malaysia Di Perkarangan KBS

0
SHARE

PUTRAJAYA – Himpunan Gay Selamatkan Pegawai Khas Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hambar apabila tiada langsung kelibat ahli Gabungan Gay Malaysia (GGM) di perkarangan bangunan KBS, pagi ini.

Seawal jam 8 pagi, hanya para pengamal media yang dilihat memenuhi perkarangan bangunan ini untuk membuat liputan.

Semalam tular satu pesanan Whatsapp yang mengajak golongan gay di seluruh negara untuk mengadakan himpunan aman sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman

Hasil tinjauan MalaysiaGazette mendapati Syed Saddiq tidak berada di bangunan ini kerana menghadiri perhimpunan bulanan di Perdana Putra.

Dalam pada itu menurut presidennya, Joe Michael gabungan itu turut mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Syed Saddiq.

“Kami Gabungan Gay Malaysia (GGM) mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap YB Syed Saddiq selepas rakan kami Sdr…

“Numan tidak diperakui sebagai kawan oleh Menteri KBS. Beliau amat tertekan dan terpaksa deaktif setiap media sosial akaun kerana tindakan Syed Saddiq kena letak jawatan,” katanya.

Numan merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaras jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas Ahli Parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bagaimanapun, pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa individu yang menyokong gerakan LGBT tidak sepatutnya dilantik sebagai pegawai di kementerian berkenaan.