Tidak Capai Sasaran Jualan Tahunan, Pekerja Wanita Dipaksa Merangkak Atas Jalan Raya

Tidak Capai Sasaran Jualan Tahunan, Pekerja Wanita Dipaksa Merangkak Atas Jalan Raya

0
SHARE

TENGZHOU, CHINA – Orang ramai di China mengecam hebat tindakan sebuah syarikat di China apabila memaksa sekumpulan pekerja wanita mereka untuk merangkak di atas jalan raya.

Menurut sumber, tindakan sebuah syarikat China tersebut kerana sekumpulan pekerja wanita itu gagal mencapai sasaran jualan tahunan.

Satu rakaman video jelas menunjukkan kumpulan pekerja wanita itu melakukan aksi itu, dipimpin seorang penyelia lelaki yang berdiri tegak sambil memegang bendera syarikat produk kecantikan berkenaan.

Melalui aduan orang ramai yang berasa marah dengan tindakan itu, pihak Polis China dengan segera tiba di lokasi dan mengarahkan penyelia berkenaan untuk menghentikan hukuman tersebut serta-merta. Pihak polis turut memberikan amaran keras secara lisan kepada penyelia lelaki tersebut.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah mengarahkan syarikat itu menangguhkan operasi dan ‘bermuhasabah diri’ kerana sanggup menjatuhkan maruah pekerjanya.

Segelintir pengguna media sosial berpendapat hukuman itu sebagai gimik promosi untuk jenama produk itu disebabkan ada bendera besar dibawa penyelia berkenaan.