Tidak Hormat Mahkamah, Exco Pemuda UMNO Gesa Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Ke...

Tidak Hormat Mahkamah, Exco Pemuda UMNO Gesa Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Syed Saddiq

0
SHARE

Menurut Mohd. Fariz, tindakan Syed Saddiq jelas menunjukkan diri beliau tidak menghormati kepada mahkamah dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

“Tangkap Syed Saddiq! Lari dari hadir ke mahkamah atas kes rekaan beliau sendiri.

“Bukti YB Menteri ini tidak menghormati mahkamah! Di mana kedaulatan undang-undang yang mereka laungkan!

“Inilah kualiti pemimpin Pakatan Harapan (PH). Buat sahabat saya Azri teruskan perjuangan. Lawan tetap lawan!” katanya ketika menciap di Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq membuat laporan bahawa pengendali laman blog, Papagomo, telah mencengkam leher dirinya untuk menghentikannya daripada terus berjalan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada jam 10.45 pagi, 16 Februari lalu.

Susulan kejadian itu, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali Papagomo dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, 28 Februari lalu, atas dua tuduhan mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Syed Saddiq.

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo…

Kertas pertuduhan turut menyatakan bahawa Papagamo yang juga Exco Pemuda Umno didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Feb, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Azri menerusi peguamnya, Logen dan Nik Saiful Adli Burhan memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Syed Saddiq setelah gagal hadir ke mahkamah berkenaan, hari ini.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu, sapina telah dikeluarkan pada 6 September lalu, iaitu hampir dua bulan sebelum tarikh perbicaraan hari ini yang sepatutnya dihadiri oleh menteri terbabit.

“Untuk makluman YB Menteri merupakan pengadu dalam kes ini, kini sedang berada di London,” katanya dalam posting terkini di Facebook miliknya, hari ini.