Tidak Puas Hati Barisan Kabinet Baharu, Pemuda DAP Mula Menyerang Tun M

Tidak Puas Hati Barisan Kabinet Baharu, Pemuda DAP Mula Menyerang Tun M

0
SHARE
Wong Kah Woh...

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP mula menyerang Tun Mahathir secara terbuka selepas tidak berpuas hati dengan senarai nama menteri dan timbalan menteri persekutuan yang mengangkat sumpah kelmarin.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Wong Kah Woh berkata tindakan Tun Mahathir itu disifatkan sebagai tidak mencerminkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP yang memenangi jumlah kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR.

“Dalam senarai Kabinet, beberapa calon yang dicadangkan oleh DAP termasuk Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming digugurkan…

Nga Kor Ming & Chong Chieng Jen…

“DAP hanya memperoleh enam jawatan menteri walaupun menang 42 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)”.

“Tindakan Perdana Menteri amat tidak patut kerana pengaturan senarai Kabinet tidak mengikut bilangan kerusi dimenangi sesebuah parti, malah keputusan sedemikian juga tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wong turut berkata “senarai calon menteri yang dicadangkan kepimpinan DAP, termasuklah Anggota Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan MP Stampin Chong Chieng Jen.

“Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika berkempen dalam PRU-14, berjanji Kor Ming dan Chieng Jen akan dilantik menjadi menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya”.

Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak menyenaraikan Kor Ming dalam Kabinet baharunya, manakala Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kah Woh berkata, pandangan Pemuda DAP terhadap senarai Kabinet itu bukan berniat untuk merebut jawatan, sebaliknya bagi menghormati hasrat rakyat serta mempertahankan maruah parti bagi mengelak sesebuah parti terlalu berkuasa dalam PH.

Menurutnya lagi, Pemuda DAP tidak mempersoalkan pertimbangan perdana menteri dalam memilih jemaah menterinya tetapi DAP tahu kemampuan calon-calonnya dengan lebih baik.

Menurut sumber nama Nga Kor Ming tidak disenaraikan sebagai calon menteri susulan tersebarnya video nga mempersendakan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin tua dalam satu majlis ceramah politik pada bulan mei yang lalu.

Pautan link video tersebut:
https://youtu.be/fR7jYZyvNqs