Tiga Militan Mati Dibunuh Oleh Tentera India Di Kashmir

Tiga Militan Mati Dibunuh Oleh Tentera India Di Kashmir

0
SHARE
Tentera India yang berada di Kashmir...

SRINAGAR, INDIA – Polis India melaporkan bahawa tiga (3) militan telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India di Kashmir, dua hari selepas lapan (8) pemberontak mati dalam pertempuran senjata lain.

Sebuah rumah turut musnah dalam pertempuran itu selain dua penduduk awam termasuk seorang kanak-kanak cedera parah.

Pertempuran di Srinagar itu adalah kali kedua berlaku yang menyebabkan 100 militan terbunuh pada tahun ini.

Pada bulan lalu, anak kepada seorang pemimpin pemisah tertinggi dan rakannya dibunuh di bandar ini dan pada Mei lalu, polis dan tentera memusnahkan 15 rumah pada pertempuran bersenjata pertama antara pemberontak dan pasukan keselamatan di Srinagar dalam tempoh dua tahun.

Menurut sumber AFP, kumpulan pemberontak tersebut berjuang selama beberapa dekad untuk kemerdekaan wilayah itu atau penggabungannya dengan Pakistan dan mereka mendapat sokongan sebahagian besar rakyat.

Pertempuran itu menyebabkan puluhan ribu orang mati sejak tahun 1989, kebanyakannya orang awam.

India mempunyai lebih 500,000 tentera yang ditempatkan di Kashmir, wilayah Himalaya yang juga dituntut oleh Pakistan.

Dalam pada itu, India sering menyalahkan Pakistan kerana melatih pemberontak bersenjata sebelum menghantar mereka melintasi sempadan, namun tuduhan itu dinafikan oleh Islamabad.