Tiket Perlawanan Malaysia-Indonesia Habis Dijual

Tiket Perlawanan Malaysia-Indonesia Habis Dijual

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan bola sepak bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara pasukan Malaysia dan Indonesia mendapat sambutan luar biasa selepas semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman rasminya, sebentar tadi.

“Tiket perlawanan Malaysia lawan Indonesia, Selasa ini habis terjual di www.tickethotline.com.my sebentar tadi.

“Dengan ini, tiada sebarang penjualan di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan, Selasa ini,” kata badan induk itu.

Difahamkan, kira kira 80,000 keping tiket dijual untuk aksi terbabit dengan 4,500 daripadanya diperuntukkan untuk penyokong skuad Garuda.