Mustapha Mohamed Atau Shafie Apdal Dilihat Layak Ganti Maszlee Malik

Mustapha Mohamed Atau Shafie Apdal Dilihat Layak Ganti Maszlee Malik

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Selepas pengumuman mengejutkan perletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, pemerhati politik menjangkakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan akan melantik Dato’ Sri Mustapa Mohamed atau Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Ketika diminta mengulas calon yang sesuai bagi mengantikan Dr Maszlee, penganalisis politik bebas Syihab Al-Hadi menyatakan bahawa calon yang paling layak mengisi kekosongan portfolio Kementerian Pendidikan tersebut adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dalam masa yang sama Dato’ Sri Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Shafie Apdal juga dilihat turut layak mengisi jawatan tersebut.

“Anwar dijangka tidak akan menerima apa-apa tawaran jawatan menteri kabinet setakat ini, manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga amat memerlukan pengalaman luas menteri seperti Muhyiddin oleh sebab itu kedua tokoh politik ini dilihat paling layak memandangkan mereka pernah menjadi Menteri Kanan kerajaan terdahulu”.

“Soal Shafie pula yang dilihat masih lagi menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah sepatutnya tidak timbul, ini disebabkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali sebelum ini juga pernah menjawat jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar yang mana kemudiannya melepaskan jawatan tersebut selepas dilantik menjadi menteri penuh persekutuan.”

“Agenda negara lagi lebih penting daripada agenda negeri, oleh sebab itu tidak ada sebab Shafie menolaknya sekiranya ditawarkan jawatan menteri penuh tersebut,” Syihab berkata lagi.

Dato’ Sri Mustapha Mohamed…

Sebelum Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), jawatan terakhir Dato’ Sri Mustapha Mohamed adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Shafie pula adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Datuk Seri Shafie Apdal…

Dr Maszlee Malik yang juga ahli Parlimen BERSATU Simpang Renggam melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Maszlee Malik susulan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Dipetik daripada laman media sosial milik Dr Maszlee Malik…

Dalam satu kenyataan lain Tun Dr Mahathir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Maszlee sepanjang menjawat jawatan Menteri Pendidikan dan akan membuat keputusan untuk memlih pengganti Maszlee sedikit masa lagi.