Tindakan RoS Tidak Menggugat Jentera Pilihan Raya DAP Sabah

Tindakan RoS Tidak Menggugat Jentera Pilihan Raya DAP Sabah

0
SHARE

TENOM, SABAH – Pengerusi DAP Tenom Sabah, Grelydia Gillod menyatakan pendiriannya susulan tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadap DAP berhubung masalah semasa parti itu, tidak menggugat jentera pilihan rayanya yang sudah pun dibentuk.

Memetik keratan akhbar Harian Ekspres, beliau (Grelydia Gillod) menunggu arahan daripada pihak pusat berhubung perkembangan semasa parti itu dan akan bertindak mengikut arahan yang dinyatakan kelak.

“Kita sedang mengikuti perkembangannya, tetapi kami yakin pihak kempimpinan DAP pusat mampu menanganinya. Harapan kami ia dipermudahkan urusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian melawat Chang Siang Kiong yang terlantar di rumahnya sejak awal tahun ini di Kg Ulu Tepoh baru-baru ini kerana menderita penyakit kanser.

Ketika Program Khidmat Sosial DAP Tenom, satu lawatan yang diketuai oleh Gillod, dan Chang hanya ditemani isterinya Ramimi Mojuni serta beberapa saudara jiran-jirannya ketika lawatan tersebut.