Tindakan Shafie Apdal Arah Orang Warisan Serang Dan Fitnah Tan Sri Musa...

Tindakan Shafie Apdal Arah Orang Warisan Serang Dan Fitnah Tan Sri Musa Di Dalam Bulan Ramadhan Perbuatan Cukup Jijik Dan Keji

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan Datuk Seri Shafie Apdal mengarahkan orang-orang Warisan termasuk sebuah portal tempatan menyerang dengan memfitnah Tan Sri Musa Aman kononnya telah menyediakan wang sebanyak RM500 juta untuk merampas kuasa Kerajaan Negeri di Sabah sangat jijik dan keji, lebih-lebih lagi ianya dilakukan pada bulan Ramadhan ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah Puasa.

Satu artikel daripada portal tempatan berbayar bertajuk “Musa Aman Vacum Cleaner Gila Kuasa Dan Cyber Trooper Upahan Jalankan Propaganda” merupaka satu FITNAH…

Sebuah portal tempatan berbayar bertarikh 15 Mei 2020 telah menerbitkan artikel yang bertajuk “Musa Aman Vacum Cleaner Gila Kuasa Dan Cyber Trooper Upahan Jalankan Propaganda” adalah jelas satu ‘FITNAH’ jahat yang hanya bertujuan untuk mengalihkan isu kes rasuah pemberian kerja pembaikan jalan tanpa ‘Tender’ bernilai ratusan juta ringgit kepada syarikat-syarikat kroni Shafie dan Peter Anthony.

Senarai kontraktor kroni Shafie dan Peter Anthony yang diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Shafie Apdal tanpa tender menurut sumber tular di media sosial Facebook dan WhatsApp…

Surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ untuk syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd…

Shafie fikir mungkin dengan cara serangan ‘FITNAH’ jijik seperti itu terhadap Musa, rakyat akan lupa kes rasuah dan banyak lagi kelemahan hasil kerja tangan Shafie, malangnya harus diingat bahawa rakyat Sabah bukannya bodoh seperti yang difikirkan oleh Shafie.

Shafie termasuk Madius Tangau dan juga beberapa orang pemimpin Warisan lain mungkin tidak dapat tidur dengan lena ketika ini kerana melihat banyak negeri di semenanjung Malaysia telah bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN), justeru mungkin tindakan ‘FITNAH’ terhadap Musa ini kononnya dapat menghalang angin perubahan turut merebak ke Sabah.

Madius Tangau bersama Shafie Apdal…

Sebagai seorang Islam yang mempercayai wujudnya Tuhan, Shafie mungkin lupa kuasa mutlak yang ada pada Allah Yang Maha Esa.

Seperti mana Shafie telah berpakat dengan Juhar untuk merampas Kerajaan Negeri Sabah melalui “pintu belakang” pada 12 Mei 2018 yang lalu, tidak mustahil bagi Allah untuk mengembalikan negeri Sabah ke tangan pemimpin yang telah dianiaya.

Tuduhan portal tersebut kononnya Musa juga telah terlibat dengan rasuah sebenarnya tindakan yang langsung tidak berfakta, ini kerana barisan peguam Musa sedang berusaha dan telah berikrar untuk membersihkan kesemua tuduhan terhadap Musa tersebut di Mahkamah.

GAMBAR fail, Peguam, Tengku Fuad Ahmad (tengah) bersama Datuk Douglas Lind (kiri) keluar dari kamar mahkamah berkenaan kes saman bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 9 Julai lalu. – Foto Khairull Azry Bidin
Barisan Peguam Tan Sri Musa, Amir Hamzah dan rakan-rakan…

Sebaliknya kes rasuah Shafie Apdal bernilai 1.5 billion pula telah digugurkan sebaik saja Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya dan yang lebih pelik lagi kes tersebut digugurkan selepas Liew Vui Keong Pengerusi Tetap Parti Warisan telah dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang di Malaysia.

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan reman selama empat (4) hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

Fakta yang harus dihadam bagi menjawab fitnah kononnya Musa telah merompak harta negeri Sabah semasa Musa menjadi Ketua Menteri adalah Jabatan Audit Negara telah memberikan sijil tanpa teguran selama 13 tahun beturut-turut dan Sabah turut menerima anugerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang cukup baik.

Jabatan Audit Negara 2016 mengesahkan kedudukan kewangan negeri Sabah baik…(Sumber foto dipetik daripada Astro Awani Online)
Foto Jabatan Audit Negara memuji pentadbiran negeri Sabah di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman…(Sumber Foto dipetik daripada Berita Harian Online)
Sumber foto dipetik daripada portal berita tempatan…

Musa telah berjaya mengumpulkan rezab kewangan untuk kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM3.3 billion kurang dari 10 tahun semasa mentadbir Sabah.

Musa menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 27 Mac 2003, pada waktu itu rezab kewangan negeri Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan tersebut telah berjaya dikumpulkan oleh Musa.

Selain rezab kewangan dan pengiktirafan oleh Jabatan Audit Negara kepada Musa, berikut adalah sebahagian kecil pencapaian Musa semasa mentadbir negeri Sabah yang sempat disenaraikan;

1. Hutan berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 53 peratus (53%) atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari;

2. Pusat Pemprosesan Minyak Sawit Lahad Datu (POIC);

POIC Lahad Datu, Sabah…

3. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah berhampiran bangunan Tun Mustapha;

Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)…

4. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang;

SOGT kimanis power plant…

5. Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berdekatan Kastam;

Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) ketika pada fasa terakhir pembinaan…
Lokasi Bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…

6. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu;

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu…

7. Mahkamah Syariah terletak berdekatan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu;

8. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta;

Deraf rekabentuk Hospital UMS…

9. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo;

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak-Sabah)
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak-Sabah)

11. Hotel- hotel yang bertaraf antarabangsa seperti Hilton dan banyak lagi dibina di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu;

12. Jalan bertingkat 4 lorong dan jejantas kenderaan yang telah siap dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang;

13. Pusat rekreasi dan riadah jalan teluk Likas ke UMS d antara yang terbaik di Malaysia;

14. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu.

Sebaliknya apa yang telah dilakukan oleh Shafie sepanjang dua tahun mentadbir negeri Sabah seperti yang diberitahu oleh NGO Bebas Suara adalah seperti berikut:

1. Memberikan projek pembaikan jalan benilai hampir satu billion ringgit kepada syarikat kroni Shafie tanpa ‘Tender’;

2. Pertumbuhan KDNK Sabah telah jatuh menjunam pada kadar 1.5% hanya setahun selepas Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, sebelum ini untuk rekod pada tahun 2017 kadar pertumbuhan KDNK Sabah yang tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 8.2%;

Mutakhir ini kadar pengangguran di Sabah juga semakin bertambah.

3. Mengubah tempoh lantikan TYT dari dua (2) penggal bersamaan 8 tahun kepada tanpa had. Ini adalah kerana TYT telah membantu Shafie Apdal memujuk wakil rakyat BN untuk ‘melompat Parti’ bagi membolehkan Shafie menjadi Ketua Menteri selepas beberapa hari Tan Sri Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang sah di hadapan TYT;

Sumber foto dipetik dari IKIM…

4. Belasan kampung setinggan terbakar (turut dipersoalkan dan yang agak menghairankan kebanyakan mangsa rumah setinggan yang terbakar turut mengakibatkan MyKad mangsa terbakar, sebaliknya dalam masa yang sama tong gas, TV dan barangan lain dapat diselamatkan);

5. PSS (Pas Sementara Sabah) untuk warga asing yang akhirnya dibatalkan oleh Shafie selepas Parti Warisan kalah pada PRK Kimanis;

6. Melantik Peter Anthony menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah di mana hampir kesemua projek pembangunan diletakkan dibawah kementerian ini. Umum mengetahui Peter adalah seorang kontraktor lesen kelas ‘A’ dan pernah dikenakan tahanan reman oleh SPRM melibatkan peuntukan KKLW 1.5 billion dan urusan pembelian yang bernilai RM155 juta ringgit. Kontraktor juga mengeluh hanya kroni sahaja diberikan projek;

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

7. Melantik Amarjit Singh dari kalangan orang awam dan kroni Shafie, sebagai Pengarah JPS dan kemudian memindahkannya ke Kementerian Kewangan dengan tangga gaji Jusa selepas Mahkamah memutusakan pelantikan Amarjit salah dari sudut perundangan. Amarjit turut terlibat dengan kes rasuah membabitkan peruntukan KKLW 1.5 billion;

Sumber foto dipetik daripada portal berita tempatan…

8. Pelantikan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang juga ‘tauke balak’ dan kroni Shafie,

9. Melantik Jaujan Sambakong sebagai Timbalan Ketua Menteri dari Semporna, seolah-olah sudah tidak ada lagi bangsa lain yang beragama Islam yang lebih layak di Sabah;

10. Melantik dan menyokong ramai lagi Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan di Sabah yang turut berasal dari Semporna;

11. Menghalalkan semula aktiviti ‘pam bot’ yang mana salah sebab penculikan di Sabah berpunca meningkat;

Sumber foto dipetik daripada portal berita Astro Awani…

12. Aktiviti ‘bom ikan’ semakin menjadi-jadi malahan pelancong ada yang terbunuh terkena bom ikan;

Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…
Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…

13. Semporna digelar daerah terkotor di Malaysia oleh pelancong asing;

Pelancong asing pernah gelarkan Daerah Semporna sebagai tempat terkotor di Malaysia dengan gelaran ‘Biggest Shithole in Malaysia’…

14. Gagal memberikan bantuan kepada rakyat Sabah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya meluluskan peruntukan sebanyak RM650 juta bagi tujuan pembangunan Infrastruktur semasa pengumuman bantuan COVID-19 untuk rakyat Sabah.

Justeru siapa sebenarnya PEROMPAK? Musa atau Shafie?, rakyat Sabah sudah tentu mampu jadi pengadil yang baik.

Untuk makluman laporan Polis fitnah juga akan dibuat ke atas portal bayaran Shafie Apdal yang membuat ‘FITNAH’ tersebut.

Baharuddin Bin Abdullah,
Aktivis Masyarakat & Politik.

(Tulisan di atas asalnya ditulis oleh Baharuddin Bin Abdullah dan tidak mencerminkan langsung dengan pendirian daripada pihak Malaysiakini2…)