Tok Pa Sah Sertai PPBM, Tun M Gembira Menerima Keputusan Tok Pa

Tok Pa Sah Sertai PPBM, Tun M Gembira Menerima Keputusan Tok Pa

0
SHARE

PETALING JAYA – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ahli Parlimen Jeli yang mesra dipanggil Tok Pa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 18 September lepas kerana berasakan hala tuju diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Tok Pa berkata, beliau sangat berterima kasih kepada pimpinan tertinggi parti menerima penyertaannya dan Tok Pa menjelaskan bahawa keputusan memilih menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) lantaran yakin ia memberi peluang kepada dirinya memainkan peranan lebih berkesan membela kepentingan pengundi di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang gembira dengan keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed sendiri untuk menyertai parti tersebut tanpa dipengaruhi pujukan daripada mana-mana pemimpin Bersatu.

“Itu adalah kerana keputusannya sendiri,”

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, malam ini…(Sumber Foto Bernama)

“Saya sukacita menerima kehadiran bekas tokoh Umno ke dalam parti Bersatu.

“Selepas kita melihat pendirian beliau, parti setuju bahawa beliau layak menjadi ahli Bersatu,” katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini, malam tadi.

Tindakan Mustapa akan membolehkan Bersatu memiliki 14 ahli Parlimen berbanding 13 orang sebelum ini.

Selain itu, Mustapa juga menjadi bekas pemimpin UMNO pertama bertaraf ahli Parlimen menyertai Bersatu.

Dalam pada itu kata Dr Mahathir, persidangan kedua Bersatu akan diadakan pada 28 sehingga 30 Disember ini.