Thursday, February 21, 2019
Trend Pemasangan Kamera ‘Dashcam’ Dikalangan Golongan Muda Tunjuk Perkembangan Positif Jadikan

Trend Pemasangan Kamera ‘Dashcam’ Dikalangan Golongan Muda Tunjuk Perkembangan Positif Jadikan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Trend pemasangan kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan yang positif.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak berkata, ia kerana dashcam yang mampu merekodkan pelbagai kejadian di atas jalan raya boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca sesuatu kemalangan.

“Contohnya, apabila berlakunya satu kemalangan, pada mulanya ia dikatakan terjadi kerana kecuaian pemandu…

Namun selepas siasatan dibuat melalui rakaman dashcam, kita mendapati kemalangan berlaku kerana faktor lain seperti tayar meletup sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Pemasangan dashcam juga selari dengan usaha MIROS dan Kementerian Pengangkutan untuk  menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya, katanya.

Pada 20 Januari lepas, satu kemalangan ngeri di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dipandunya dilanggar sebuah kereta lain jenis Toyota Vios, yang mana video rakaman dashcam kejadian itu  tular dalam laman sosial.

– BERNAMA