Trump Tetap Mengadakan Kempen Pilihan Raya Walaupun AS Masih Mengalami Peningkatan PenularanCOVID-19

Trump Tetap Mengadakan Kempen Pilihan Raya Walaupun AS Masih Mengalami Peningkatan PenularanCOVID-19

0
SHARE
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump...

WASHINGTON –¬†Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tetap akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden,¬†walaupun negara tersebut masih dalam kebimbangan mengenai peningkatan penularan pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak COVID-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.

Kes COVID-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.

Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac.