Tukar Sampah Sarap Kepada Syiling Emas – Pemerintah Indonesia

Tukar Sampah Sarap Kepada Syiling Emas – Pemerintah Indonesia

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JAKARTA, INDONESIA – ‘Tukar sampah sarap kepada syiling emas’, itulah yang ditawarkan oleh Pemerintah Kabupaten Raja Ampat kepada rakyat Indonesia bagi memastikan negara tersebut kekal bersih bagi mempromosikan Indonesia sebagai destinasi pelancongan yang semakin popular.

Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Oktober ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.

Menurut Ketua Dewan Pimpinan Cabang Himpunan Pramuwisata Indonesia Raja Ampat (Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat), Ranny Iriani Tumundo, program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong mengenai kepentingan memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat, Indonesia…

Kepulauan Raja Ampat yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat, terkenal dalam kalangan penyelam kerana keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau dan kini diiktiraf sebagai ‘syurga laut’ tercantik di dunia.

Kepulauan Raja Ampat terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta.