Tular Gambar Projek IC Guna Logo Parti Warisan Sabah?

Tular Gambar Projek IC Guna Logo Parti Warisan Sabah?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak pagi tadi, hari ini, rakyat Sabah telah dikejutkan dengan tersebarnya beberapa keping gambar borang dan individu yang memegang borang permohonan membuat IC (My Kad) dikalangan warga asing (PATI).

Gambar tersebut telah tular dan dengan meluas melalui perkongsian di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp serta mula menjadi kegelisahan umum.

Pihak Malaysiakini2.0 tidak dapat memastikan sama ada ‘PROJEK IC’ seperti dalam gambar ini benar atau sebaliknya. Warganet dan rakyat Sabah juga turut mempersoalkan perkara yang sama.

‘PROJEK IC’ juga turut dikenali sebagai pengeluaran My Kad kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi tujuan tertentu melalui jalan yang tidak sah atau dengan isitilah melalui ‘jalan pintu belakang’.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang telah tular.