Tular Kisah Wartawan Islam Dihidangkan Dengan Babi

Tular Kisah Wartawan Islam Dihidangkan Dengan Babi

0
SHARE
Sumber Foto; Utusan Malaysia...

MELAKA – Berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia Online hari ini tular dan menyebabkan kemarahan umat Islam mengenai kisah wartawan Islam dan Hindu dihidangkan dengan makanan babi dimeja mereka.

Memetik laporan Utusan Malaysia Online lagi, beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini, malam tadi berasa amat terkilan atas sikap tidak sensitif penganjur yang menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara tersebut.

Majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin; ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat itu gagal dikelolakan dengan baik di mana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Lebih teruk lagi, langsung tiada wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam.

Antara wartawan yang hadir termasuk daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina.