Tular Semula Video Madius Tangau Tuduh Akan Ada ‘Projek IC 2.0’ Di...

Tular Semula Video Madius Tangau Tuduh Akan Ada ‘Projek IC 2.0’ Di Sabah?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Satu video ceramah yang dipercayai menyerupai Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau yang membuat tuduhan bahawa Tun Mahathir sebagai dalang dalam membuat “IC Projek” di Sabah untuk ‘PILAK’ (nama sebutan lazim digunakan bagi rakyat Sabah untuk PATI Filipina), kini tular semula di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

 

 

 

 

 

 

Video yang berdurasi 52 saat tersebut menunjukkan Madius sedang berkempen pada Plihan Raya ke-14 (PRU14) yang lalu dengan mendedahkan kaedah “IC Projek” tersebut dibuat.

Mutakhir ini, wujud kerisauan daripada majoriti rakyat Sabah mengenai wujudnya ‘PROJEK IC 2.0’ yang merujuk kepada perkhidmatan bantuan daripada parti politik ke atas mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah di Sabah.