Tular Video 2 Pemandu GRAB ‘Sujud Syukur’ Dapat Hadiah Mengerjakan Umrah

Tular Video 2 Pemandu GRAB ‘Sujud Syukur’ Dapat Hadiah Mengerjakan Umrah

0
SHARE

INDONESIA – Tular satu video baru-baru ini yang menyentuh hati para netizen khususnya di Indonesia apabila dua pemandu GRAB yang serta-merta ‘sujud syukur’ selepas memenangi hadiah program mengerjakan umrah daripada majikan mereka.

Video ini seterusnya menjadi bualan di laman media sosial khususnya Facebook dan Twitter serta melalui aplikasi WhatsApp kerana sangat terkesan melihat dua pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tri Mulyanto dan Supriyono sedang bersantai-santai sebelum seorang kakitangan GRAB datang kepada mereka membawa berita gembira tersebut.

Di kesempatan itu, Tri dan Supriyono sempat mengambil gambar bersama sambil menunjukkan kertas yang bertulis “Selamat anda berangkat umrah”.

Untuk rekod daripada sumber, Pak Tri dan Pak Supriyono yang merupakan pemandu GRABBike telah memilih untuk mengerjakan umrah pada Mac ini. Pengurus PR GRAB juga turut mengakui bahawa kedua-dua lelaki ini adalah rakan sekerja yang berasal dari Jawa Tengah, Semarang dan mereka layak untuk memenangi program tersebut kerana mempunyai prestasi yang membanggakan.