Tular Video Bungkus Seluruh Badan Dengan Plastik Dalam Kapal Elak Jangkitan ‘Koronavirus’...

Tular Video Bungkus Seluruh Badan Dengan Plastik Dalam Kapal Elak Jangkitan ‘Koronavirus’ (COVID-19)

0
SHARE

SYDNEY, AUSTRALIA – Tular satu video baru-baru ini menunjukkan sepasang pasangan membungkus hampir keseluruhan badan menggunakan plastik dipercayai bagi mengelakkan penularan jangkitan ‘Koronavirus’ (COVID-19).

Menurut perkongsian pengguna Twitter Alyssa yang juga penumpang bagi penerbangan domestik di Australia dari lokasi Sydney ke Pulau Hamilton di Australia, ia telah berkongsi video di media sosial ang telah dilihat lebih daripada 131k kali.

Alyssa dalam ciapan Twitter berkata “Buat masa ini di belakang saya di pesawat. Apabila anda terlalu takut dengan #coronavirus # COVID2019.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Video yang berdurasi 3 saat itu jelas terlihat pasangan tersebut membungkus plastik dari bahagian kepala hingga ke kaki sepanjang penerbangan.

Pasangan wanita itu membungkus dirinya dengan plastik bewarna merah jambu serta memakai topeng muka, sementara temannya membungkus dengan plastik berwarna putih dengan lubang dipotong pada bahagian lengan dan kakinya serta memakai topeng muka.

Bagaimana virus ‘Koronavirus’ (COVID-19) tersebar…(Sumber foto WHO)

Warga netizen yang mula melihat video tersebut membalas ciapan Twitter milik Alyssa dengan berkata “Sebenarnya mereka adalah orang pintar di mana orang yang lain telah dicemari di dalam pesawat kerana penapisan udara bukan yang terbaik di dalam pesawat …” 

Seorang lagi pengguna Twitter berkata “Mungkin kita sepatutnya menjadi seperti lelaki ini, mungkin dia yang cerdas di sini.”

“Tidak saya berbohong, saya juga akan melakukan perkara yang sama,” kata pengguna Twitter yang lain.

Walaupun tindakan pasangan dalam video tersebut berjaya mendapat pujian warga netizen, terdapat juga pengguna lain yang mendapati kecacatan dalam pakaian yang dikatakan ‘pintar’ itu.

“Virus itu kemudiannya dilekatkan pada plastik, apabila anda membuangnya, anda turut terdedah kepada virus itu. Hanya berfikir bahawa apa yang akan berlaku?” kata seorang yang bijak mengingatkan pengguna Twitter yang lain.

Australia kini memberi amaran sebagai nasihat perjalanan penerbangan kepada pelawat bahawa terdapat sekatan sementara bagi sesiapa yang melawat negara yang telah melalui China, walaupun hanya dalam transit.

Untuk mengelakkan penyebaran virus ‘Koronavirus’ (COVID-19), semua orang telah diberi amaran untuk menutup hidung dan mulut mereka ketika bersin, sambil membuang tisu dan membasuh tangan dengan sabun dan air kerap kali.