Tular Video Doktor Dan Jururawat Senyum Buka Penutup Muka Selepas Hospital Tambahan...

Tular Video Doktor Dan Jururawat Senyum Buka Penutup Muka Selepas Hospital Tambahan Rawat ‘Koronavirus’ (COVID-19) Di Wuhan Tutup

0
SHARE

WUHAN, CHINA – Pekerja perubatan di Wuhan, China, menzahirkan rasa kelegaan apabila mereka semua membuka topeng (topeng keselamatan muka) mereka selepas bandar  Wuhan menutup hospital sementara yang terakhir, yang dibina secara panik (panic-built) bagi menampung lambakan pesakit akibat daripada jangkitan wabak ‘Koronavirus’ (COVID-19).

Satu video tular yang telah dilihat lebih dari tiga juta kali jelas menunjukkan sejumlah pekerja perubatan dengan senyuman di wajah mereka apabila saat membuka topeng muka.

 

 

 

 

 

 

Pekerja-pekerja perubatan CHina yang telah bertempur dengan #coronavirus siang dan malam di Wuhan meraikan penutupan hospital sementara terakhir di Wuhan…(sumber Video; twitter Redfish)

Menurut sumber, video yang tular ni berlaku selepas bilangan kes baru telah menurun di bandar tersebut.

Bandar Wuhan yang telah membina panik (panic-built) dua buah hospital pada awal Februari yang mana kedua-duanya telah dibina hanya dalam masa beberapa minggu, di mana memuatkan lebih daripada 2,000 katil tambahan kerana penyakit ‘Koronavirus’ (COVID-19) telah mula menguasai seluruh bandar itu. Sehingga Jumaat, terdapat hampir 81,000 kes di China, dan jumlah kematian melepasi 3,000 di negara ini.

Kakitangan perubatan menguji segala kemudahan dan menyusun katil sebagai persiapan persiapan akhir untuk membawa masuk pesakit yang dijangkiti wabak ‘Koronavirus’…(Sumber Foto; Business Insider)

Pakar perubatan percaya bahawa wabak ‘Koronavirus’ (COVID-19) berkemungkinan bermula di Wuhan pada Disember lalu…

Kakitangan perubatan mula membawa masuk pesakit yang dijangkiti wabak ‘Koronavirus’ ke Hospital sementara di Bandar Wuhan…(Sumber Foto; Business Insider)

China juga telah bergelut dengan penyakit yang paling lama itu dan mengenakan tindakan kuarantin yang tidak pernah berlaku pada puluhan juta orang yang tinggal di negara ini untuk mengawal perebakan penyakit itu.

Pakar penjagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan bekerja dengan gigih untuk melawan penyakit itu, mengambil langkah drastik untuk membantu beribu-ribu pesakit, termasuk mencukur kepala dan memakai lampin bagi mengurangkan masa mereka untuk cenderung kepada isu atau urusan peribadi.

Antara doktor dan jururawat yang menjadi barisan hadapan yang bekerja keras membantu pesakit melawan wabak ‘Koronavirus’ COVID-19…(Sumber Foto; Reuters)

Beribu-ribu doktor bahkan ada yang dijangkiti penyakit itu sendiri…

Wilayah Hubei, yang menempatkan pusat Epidemik, baru-baru ini merasai beberapa hari pertama tanpa sebarang kes tambahan kerana negara itu mula pulih daripada wabak ‘Koronavirus’ (COVID-19).

Pada skala global, ‘Koronavirus’  yang juga dikenali sebagai COVID-19 telah menjangkiti lebih daripada 145,000 orang dan membunuh lebih daripada 5,400.

Semua negara di seluruh dunia mula mengenakan langkah-langkah ketat untuk mencegah penyebaran penyakit di tanah air masing-masing, termasuklah membuat tindakan ‘keadaan terkunci’ (lockdown) di seluruh negara.