Tular!! Video PATI Tunjuk Samseng Maki Orang Sabah Babi & Anjing?

Tular!! Video PATI Tunjuk Samseng Maki Orang Sabah Babi & Anjing?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mutakhir ini jelas kelihatan pendatang asing tanpa izin (PATI) begitu berani melakukan ugutan termasuk perlakuan jenayah khususnya di negeri Sabah.

Umum mengetahui kejadian bunuh dengan kejam pemandu Grab oleh PATI baru-baru jelas membangkitkan lagi protes rakyat Sabah agar isu PATI di Sabah harus segera diselesaikan secara tuntas oleh kerajaan Warisan Sabah.

Kejadian terkini Video yang telah tular dimana dua individu yang tidak dikenal pasti sama ada pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebaliknya telah memaki rakyat Sabah dengan panggilan ‘BABI’ dan ‘ANJING’ telah mengundang kemarahan rakyat Sabah.

Majoriti rakyat Sabah yang melihat video ini meminta agar pihak Polis mengambil tindakan keatas kedua individu dalam video ini kerana ugutan serta makian yang dilakukan oleh mereka jelas tidak bertamaddun dan biadap.

Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan telah membuat pemutihan ke atas pendatang tanpa izin (PATI) dan cadangan pemberian pulau untuk transit kepada PATI berasal dari Filipina.

Keputusan ini mendapat bantahan berterusan daripada majoriti rakyat Sabah. Mereka berpandangan PATI yang berada di Sabah seharusnya dihantar pulang dan bukannya diberikan pula dokumen bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah juga  turut dikritik kerana dilihat begitu menonjol menyelesaikan pemberian dokumen kepada PATI dalam masa isu pengangguran di Sabah tidak ditangani dengan sebaiknya oleh Shafie.