Tun M Akan Dedahkan Ramai Lagi Penjawat Awam Akan Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Tun M Akan Dedahkan Ramai Lagi Penjawat Awam Akan Berhadapan Tindakan Undang-Undang

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbiran sebelum ini akan berhadapan  tindakan undang-undang kerana rasuah.

“Sudah enam bulan (sejak PH mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan…

“Sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baru, sudah tentu kita memerlukan para pegawai yang berpengalaman; namun, sesetengah pegawai yang berpengalaman  didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah.

“Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka  namun buat masa sekarang, kita mempunyai tugas yang diperlukan untuk memerintah negara ini, kita tidak boleh hanya tertumpu kepada rasuah sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah di sini.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa sesetengah pegawai kanan kerajaan yang terlibat itu akan dikekalkan buat sementara waktu memandangkan perkhidmatan mereka masih diperlukan bagi membantu kerajaan  tetapi sebaik sahaja tugas itu selesai mereka akan diberhentikan.

Terbaharu, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua  Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah A Hamid.

– BERNAMA