Tun M Boleh Lantik Anwar Jadi Menteri Tugas Khas – Kadir Jasin

Tun M Boleh Lantik Anwar Jadi Menteri Tugas Khas – Kadir Jasin

0
SHARE

“Sudah tiba masanya peranan Anwar disemak kembali. Rombakan kabinet sangat diperlukan bukan saja kerana kadar sokongan terhadap PH menurun,” kata Kadir dalam tulisan terbaharu di blognya pada Isnin.

Tambah Kadir yang merupakan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir boleh membawa Anwar ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas, namun Anwar secara berseloroh berkata beliau ‘tidak memohon untuk jawatan dalam Kabinet’.

Datuk A Kadir Jasin…

Menurutnya, pengurangan ‘politicking’ (berpolitik) dan penumpuan kepada aspek pentadbiran pasti akan membawa kebaikan.

Tambahnya, isu berhubung peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir dan Anwar sepatutnya diserahkan kepada dua pemimpin veteran tersebut.

“Campur tangan boleh menjejaskan peralihan yang dipersetujui. Dan jika Anwar telah belajar dari episod lampau, beliau mampu untuk meredakan penyokongnya,” tambah Kadir