Thursday, February 27, 2020
Tun M Buat Kenyataan Di Parlimen Terhadap Usul Berhubung Insiden Rusuhan Kuil

Tun M Buat Kenyataan Di Parlimen Terhadap Usul Berhubung Insiden Rusuhan Kuil

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini membuat kenyataan mengenai insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, di Dewan Rakyat.

Perkara itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Semalam semua ahli Parlimen telah senada mengemukakan satu usul tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Ariff Md. Yusof untuk membincangkan isu itu di Dewan Rakyat.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak  baharu telah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang pegawai bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.Sehingga hari ini, seramai 30 individu telah ditahan polis untuk siasatan.

– BERNAMA