Tun M Dan SPRM Diminta Segera Campur Tangan Siasat Amarjit, Peter Anthony...

Tun M Dan SPRM Diminta Segera Campur Tangan Siasat Amarjit, Peter Anthony Dan Shafie Apdal Selepas Tular Surat Tawaran Projek Empangan Papar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) meminta agar Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera campur tangan bagi menyiasat surat tawaran tunjuk minat kepada kontraktor bagi projek Empangan Papar yang telah ditandatangani oleh bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Amarjit Singh.

GERAM menegaskan “surat tawaran awal kerja melaksanakan projek kepada kontraktor yang telah ditandatangani sendiri oleh Amarjit pada 10 Oktober 2019 lalu adalah satu petunjuk jelas bahawa kerisauan rakyat Sabah mengenai wujudnya salah guna kuasa di dalam Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menguruskan projek mega empangan di Papar yang bernilai 2 billion ringgit mempunyai asas dan merit.”

Untuk rekod, surat tawaran awal projek Empangan Papar telah tular sejak pagi tadi di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sekaligus membimbangkan penduduk Papar dan Penampang yang akan terjejas akibat pembinaan empangan ini.

Beberapa aktivis anti-rasuah yang ditemui bagi mengulas surat ini juga berkata “kemungkinan berlaku salah guna kuasa di dalam Jabatan Air Negeri Sabah amat tinggi, ini adalah disebabkan umum mengetahui pada 09hb Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah tetapi yang agak pelik dan menghairankan ialah surat tawaran tersebut telah ditandatangani oleh Amarjit pada 10 Oktober 2019 sehari selepas keputusan Mahkamah tersebut dibuat, justeru SPRM sememangnya mempunyai asas untuk menyiasat salah guna kuasa berhubung kait surat tersebut memandangkan Amarjit sudah tidak lagi mempunyai kuasa di dalam menandatangani surat sebagai Pengarah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).”

Terdahulu, majoriti rakyat Sabah termasuk beberapa aktivis anti-rasuah telah tampil mengecam tindakan Shafie Apdal dan Peter Anthony kerana telah mengarahkan Amarjit untuk terus bekerja sedangkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan pelantikan Amarjit sebagai tidak sah.

Sebelum ini juga dalam satu sidang media Amarjit berkata, meskipun keputusan Mahkamah memutuskan bahawa jawatan sebagai Pengarah tidak sah tetapi Ketua Menteri, Shafie Apdal telah menghubunginya melalu panggilan telefon sebanyak dua kali dan menegaskan bahawa dia harus datang bekerja seperti biasa malahan Menteri Pembangunan Infrastruktur Dato’ Peter Anthony juga turut membuat arahan yang sama.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 09 Okt 2019 yang lalu telah mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Amarjit Singh sebagai tidak sah.

Penghakiman itu dibuat oleh Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berkaitan kes difailkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Yong Teck Lee bersama, penyokong dan panel peguam beliau meraikan kemenangan diluar mahkamah…

Datuk Seri Shafie Apdal telah melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah pada tahun lepas meskipun mendapat bantahan oleh sebahagian besar rakyat Sabah, dengan alasan Amarjit adalah orang awam dan tidak mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

Rakyat Sabah sebelum ini juga turut mengulas kes ini dengan kritikan pedas bahkan ada yang membuat dakwaan bahawa Shafie dilihat cuba bermain wayang apabila melantik Amarjit dan dalam pada masa yang sama turut melantik pula Dato’ Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mengurus tadbir projek pembangunan negeri Sabah seolah-olah mereka sedang membuat percaturan untuk mengurus projek bagi  kepentingan tertentu. Buktinya ialah selepas Amarjit dilantik sebagai Pengarah projek pembinaan empangan Papar yang telah diumumkan bakal menerima peruntukkan sebanyak RM2 billion untuk dilaksanakan meskipun parti Warisan membantah pembinaan empangan tersebut sebelum ini kononnya akan merosakkan eko-sistem, tanah perkuburan dan sumber pendapatan utama penduduk kampung.

Sumber foto dipetik daripada portal berita malaysiakini…
Sumber foto dipetik daripada portal berita BH Online…

Mereka berkata lagi umum mengetahui Peter sebelum ini adalah seorang kontraktor dan Amarjit pula adalah seorang perunding projek, kedua-dua mereka pernah direman oleh pihak SPRM termasuklah Datuk Seri Shafie Apdal susulan kes rasuah peruntukan luar bandar sebanyak 1.5 billion dan sudah tentu apabila mereka berpasangan pula dalam satu organisasi, sudah tentu gabungan ini dilihat seakan ada sesuatu perkara yang menimbulkan syak wasangka jika merujuk pula kes rasuah mereka yang terdahulu.

Sumber foto dipetik daripada portal berita BH Online…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…