Tun M Gesa Rakyat Sesuaikan Diri Dengan Teknologi Baharu

Tun M Gesa Rakyat Sesuaikan Diri Dengan Teknologi Baharu

0
SHARE

PUTRAJAYA РPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat  menyesuaikan diri dengan teknologi baharu agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia baharu.

Berucap di majlis iftar Persatuan Murid-murid Tua Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di sini hari ini, beliau berkata, dunia kini menempuh zaman baharu di mana pembelajaran di sekolah dilakukan mengikut cara berlainan, bukan seperti ketika beliau di sekolah dulu.

Mahathir (tengah) beramah mesra bersama alumni Maktab Sultan Abdul Hamid semasa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran SAHOCA di Dewan Seri Endon hari ini….Sumber Foto; BERNAMA

“Hari ini kita menggunakan komputer dan benda-benda seperti itu bagi mengajar di sekolah dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu pembelajaran ini.

“Saya percaya bila sesuatu sistem baharu dipakai oleh kerajaan, ini akan memudahkan kanak-kanak yang belajar hari ini,” kata beliau.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

– BERNAMA