Wednesday, September 23, 2020
Tun M, Kerajaan PH Janji Akan Atasi Isu Membelenggu Pemandu Teksi

Tun M, Kerajaan PH Janji Akan Atasi Isu Membelenggu Pemandu Teksi

0
SHARE

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu-isu yang membelenggu pemandu teksi di negara ini.

Perkara itu disampaikan kepada Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa), Zailani Isaisuludin selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam bersama Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

“Perdana Menteri hari ini berjanji beliau akan menyelesaikan masalah yang melibatkan pemandu teksi dalam waktu terdekat…

“Beliau (Dr. Mahathir) memberitahu bahawa perkara itu akan dikaji secara menyeluruh dan teliti. Kita yakin dan percaya Perdana Menteri seorang yang berpengalaman akan menyelesaikan perkara ini dengan baik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Zailani menyaran Kementerian Pengangkutan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu-isu industri teksi di negara ini.

– BERNAMA