Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai BERSATU

Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai BERSATU

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).

“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya di sini.

Perdana Menteri juga turut mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya menjadikan episod kekalahan UMNO di Johor yang digelar sebagai kubu kuat parti berkenaan sebagai satu pengajaran.

– BERNAMA