Tun M Tegaskan Bahawa Kerajaan PH Patuh Kepada Prinsip ‘Rule of Law’

Tun M Tegaskan Bahawa Kerajaan PH Patuh Kepada Prinsip ‘Rule of Law’

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Susulan mengenai keputusan mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak, menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) patuh kepada prinsip ‘Rule of Law’.

Berikut kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengatakan bahawa sepatutnya mereka yang dituduh terlibat dengan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta itu telah dibicarakan.

“Tapi sebagai kerajaan yang patuh kepada ‘Rule of Law’, kita patuh kepada penangguhan yang dibuat oleh mahkamah. Kita hormati mahkamah walaupun rakyat tertanya-tanya kenapakah mereka yang jelas terlibat rasuah tidak dihadap untuk dibicarakan di mahkamah. Ini soalan rakyat,” katanya.

Tun Mahathit berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji-janji manifestonya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tun Mahathir berkata, perbuatan kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN-UMNO) serta kekangan undang-undang tidak memudahkan usaha kerajaan dalam menunaikan janji-janji manifestonya.

Isnin lepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Tun Mahathir turut menyatakan bahawa kerajaan juga akan meneruskan usaha mengesan dan membawa balik semua wang yang diseleweng oleh kerajaan terdahulu bagi menjawab soalan ambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

“Kita juga beri perhatian kepada pentadbiran dan pengurusan 1MDB kerana di situlah banyak wang yang hilang. Walaupun dilapor di tempat-tempat tertentu, tapi pada hakikatnya, wang itu telah hilang tak dapat dikesan,” kata beliau.