Tun Mahathir Tegaskan Rombakan Kabinet Bukan Satu Tugas Yang Mudah

Tun Mahathir Tegaskan Rombakan Kabinet Bukan Satu Tugas Yang Mudah

0
SHARE

“Rombakan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia perlu diterima bukan sahaja saya tetapi juga (empat) parti dalam gabungan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020 di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Dr. Mahathir turut berkata pihaknya belum lagi membuat keputusan berhubung individu yang sesuai untuk menggantikan  Dr. Maszlee Malik yang meletak Menteri Pendidikan pada awal bulan ini.

“Saya belum memutuskan apa-apa,” kata Perdana Menteri, yang dilantik bagi memangku jawatan Menteri Pendidikan, yang dipersetujui oleh Kabinet semasa satu mesyuarat pada 8 Januari.

Sementara itu, mengenai peralihan kuasa antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh kesemua empat parti dalam PH.

“Saya fikir ini akan diputuskan oleh semua empat parti secara bersama, sama ada mereka mahu saya berundur atau tidak. Bagi saya, jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan undur sekarang,” tambah beliau.

Adalah dilaporkan bahawa beberapa ahli Parlimen PKR mendesak agar satu tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa itu dengan mencadangkan ia dilakukan pada Mei tahun ini.