Tun Mahathir Tolong Kami!! Sungguh Menyedihkan Penduduk Kampung Di Nabawan Direman Polis...

Tun Mahathir Tolong Kami!! Sungguh Menyedihkan Penduduk Kampung Di Nabawan Direman Polis Hanya Kerana Membantah Aktiviti Pembalakan Yang Memusnahkan Tanah Mereka?

0
SHARE

NABAWAN, SABAH – Apa dah jadi kepada kebajikan rakyat asal Sabah selepas Parti Warisan memerintah di Sabah?, soal beberapa orang yang ditemui selepas berita penahanan beberapa orang penduduk kampung oleh pihak Polis tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

Peguam yang mewakili penduduk kampung yang ditahan Benazir Japiril Bandaran menulis di laman sosial Facebook milik beliau dengan nada sedih “saya jarang berkongsi mengenai pengalaman saya bekerja sebagai seorang peguam. Tapi hal ini, Allah gerakkan hati saya untuk berkongsi pengalaman.”

“Kalau orang tanya apa itu hak asasi, semalam saya menyaksikan suatu pelanggaran hak asasi manusia di depan mata saya sendiri. Iaitu anak-anak guam saya sendiri”.

“Saya jarang berkongsi mengenai pengalaman saya bekerja sebagai seorang peguam. Tapi hal ini, Allah gerakkan hati saya untuk berkongsi pengalaman.”

“Anak-anak guam saya cuma orang kampung yang sedang berjuang untuk mempertahankan tanah adat mereka yang diceroboh oleh kompeni (syarikat) balak yang tidak sah”.

“Namun, mereka direman semalam kerana kompeni (syarikat) tersebut membuat laporan yang tidak berasas terhadap mereka”.

Benazir berkata lagi “Mereka cuma orang kampung yang baik-baik, namun, undang-undang disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.”

“Ya, manusia boleh salah guna undang-undang yang sedia ada untuk kepentingan sendiri, Ya Allah, hanya Engkau yang mampu membantu mereka yang ditindas dan dianiaya.”

Dalam pada itu pengendali akaun Facebook ‘Bantahan Pembalakan di Sabah’ turut menulis kritikan pedas terhadap kerajaan Parti Warisan Sabah, “4 orang kampung d Nabawan telah direman kononnya mengkhianati balak kepunyaan Syarikat Brilliant Junction.”

“Tanah orang kampung yang dicerobohi dan balak yang ditebang melebihi 2000 ekar kepunyaan orang kampung telah dirompak oleh Syarikat Anak Emas kerajaan parti Warisan.”

“Yang mempertahankan hak Anak negeri Sabah ditindas, yang merompak dilindungi oleh pihak polis. Syabas kerajaan haprak,” soal pengendali Facebook itu lagi.

Turut mengulas penahanan penduduk kampung tesebut beberapa orang aktivis alam sekitar termasuk pemimpin Parti UMNO Pensiangan, Parti Star dan Pribumi Bersatu yang enggan nama mereka disiarkan berkata “sunguh menyedihkan mereka hanyalah orang kampung, secara jelas rakyat Malaysia termasuk di Sabah boleh bersuara secara bebas seperti merujuk kepada perlembagaan perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara.”

“Di manakah hak kebebasan mereka untuk bersuara?, salahkah penduduk kampung menyatakan bantahan mereka agar tanah tempat sumber air mereka tidak dirosakkan oleh Syarikat pembalakan tersebut?”.

“Kami akan menulis surat dengan kadar yang segera kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, pihak Suhakam, Lawyers For Liberty (LFL), Kelab Pencinta Alam dalam dan luar negara termasuk pihak WWF untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terlibat termasuk beberapa orang yang telah direman oleh pihak Polis,” tambah mereka lagi.