TYT Sabah Terima Kunjungan TPM Singapura

TYT Sabah Terima Kunjungan TPM Singapura

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Istana Negeri di sini untuk menghadap Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Teo bersama isteri, Chew Poh Yim tiba di istana pada 10 pagi dengan disambut Setiausaha Sulit kepada Yang DiPertua Negeri Abinan Asli.

Pertemuan hampir sejam itu diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Teo ke negeri di bawah bayu yang bermula pada Jumaat.

Pada sebelah petang hari ini, Teo dijadual melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar sebelum berlepas pulang ke Singapura pada Ahad, 9 Sept.

Semalam, Teo telah menghadiri taklimat berhubung industri pelancongan di Sabah di sebuah hotel di sini.

– BERNAMA