Ubah Kerajaan Bukan Cara Selesai Masalah – Yusof Apdal

Ubah Kerajaan Bukan Cara Selesai Masalah – Yusof Apdal

0
SHARE

LAHAD DATU – Rakyat diingatkan bahawa mengubah kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan sekelip mata.

Daripda mengubah kerajaan dan mengambil risiko itu, rakyat diminta untuk mengemukakan masalah mereka dan kelemahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO agar penambahbaikan dapat dibuka.

Ketua Bahagian UMNO Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata rakyat perlu berfikir mengenai masa depan dan mereka harus berfikir sama ada janji semata-mata. Sebagai kerajaan selama 13 penggal, UMNO telah membuktikan bahawa parti ini bukan hanya membuat janji, tetapi sentiasa berusaha untuk memenuhi janji demi rakyat.

“UMNO telah menyumbang banyak kepda kita, sebelum memerintah Sabah, UMNO telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk sekolah dan hospital, dan kemudahan-kemudahan ini ditambah baik lagi selepas UMNO mengetuai kerajaan.

“Kita harus berterima kasih kerana mempunyai pemimpin seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang sentiasa mahukan kemajuan agar rakyat dapat hidup selesa,” katanya.

Yusof yang juga Adun Lahad Datu berkata demikian dalam ucapannya semasa satu program Pemimpin Bersama Komuniti di Kg Sri Aman, Silam.

Semasa ucapannya, Yusof juga menggesa penduduk kampung untuk terus bersatu dan menyokong kerajaan sekarang kerana kerajaan ini terus bekerja keras untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat, termasuk mewartakan kampung mereka.

Yusof menambah, usaha telah dibuat mengenai isu ini dan beliau juga berharap isu tersebut dapat diselesaikan agar penduduk di sini dapat hidup dengan sejahtera.

– H.Ekspress